Monday, 23 April 2012

Siapa tak mahu anak.....

Assalamualaikum....pembuka cerita.....

Tajuk di atas...agak serius untuk diperkatakan lebih2 lagi oleh orang yang tak berapa serius macam aku ni...Tapi aku serius...Errr....pening kan...Alah, buat2 faham sajalah...

Soalan2 dan kata2 seperti:

(1)
"Haaa!!!! Tak dapat anak lagi?"...

(2)
"Bila nak dapat anak?"...

(3)
"Tak berubat dekat mana2 ke?"....

(4)
"Macam mana ni...Adik2 dah ada anak tapi kakak yang belum"....

(5)
"Engkau ya anak (Tutttt).......yang belum ada anak tuh".....

FUHH!!!!!!

Memang biso-berbiso...Dan biasanya aku akan menjawab (samada terluah atau tidak terluah) dengan jawapan yang begini:
(sila rujuk soalan di atas)

(1)
"Errr....bila masanya nampak saya mengandung"...

(2)
"errr...mungkin besok kot"...(manalah kita tahu bila??)..

(3)
"Tak adalah...duduk saja2 je.." (gaya malas nak cerita)

(4)
...yang paling podih ni....
"Rezeki masing2 kan..", (sambil muka terkelat-kelat)

(5)
...Ni lagi podih sebab melibatkan nama orang tua....
(Biasanya aku menjawab dengan senyuman sumbing sahaja)....

KRONOLOGI...

Usia perkahwinan....11 tahun ( since 2001 )...Macam2 kaedah juga telah aku lakukan...Dari perubatan moden,tradisional, errr.....mistik pun ada....(tapi bukanlah yang macam kat tv pakai mandrem2 tuh....)
 jauh-jauhkanlah.....

Tahun 2001..Aku berkahwin masa zaman belajar lagi...Masa tu baru tahun kedua di UKM...Masa belajar, tak berasa apa mana pun bila aku tidak mengandung2...Adalah sampai 3 bulan aku tak peot (ingat dah lekat masa tu)..Tapi rupa2nya perubahan hormon... Segala  prosedur aku buatlah..dan last2 doktor kata, awal usia perkahwinan...

"Memang selalu begitu...Usia U pun muda lagi, so don't worry..It will take time..."ujar beliau..

So, selepas itu ianya berlalu saja hinggalah ke tahun 2003 (tamat belajar)..


PERUBATAN DOKTOR:

RAWATAN PERTAMA:

Aku mulakan dengan rawatan di sebuah klinik. Rawatan ini memerlukan aku di'scan' terlebih dahulu (betul2 punya scan) yang letak kat perut tu tengok kedudukan rahim etc...

"Tak ada masalah...Walau keuddukan rahim tu ada senget sikit. tapi tak menghalang untuk mengandung. Cyst pun tak ada, So I bagi u and suami pil hormon. Then mama pun (merujuk pada aku) perlu diet sikit ya...",ujar beliau


RAWATAN KEDUA

Selepas rawatan di klinik tu tak menjadi, kami bertekad ke Hospital pakar pula. Ahahaha....ni lagi best... Doktor pakar ni memang pakarlah bagi aku coz dari luar saja dia dah boleh bat interpretasi tentang aku...huhuh

"I tak suka kalau orang nak berubat dengan I buang duit banyak2 tapi tak berdisiplin", masa tu mcm nak balik jek coz agak GARANG ler...

Then dia tengok kondisi aku. Terus dia bagi satu salinan makanan yang sesuai dengan darah aku. (Darah O)...Then dia kata.

"Ok, u ikut rutin diet ni dalam sebulan. With beberapa supplement (USANA) I bagi U. Then U akan rasa the difference...Ingat...yang penting kita sihat dulu barulah itu 'baby's matter datang"

Aku pun ke kaunter farmasi dan melayang duit aku...RM500 (termasuk all that supplement dan konsultansi)...Next appointment...Suami aku pula diuji dan resultnya NORMAL...
Kami ikut diet yang diberi dan memang menjadi selama sebulan...Berat kami pun turun, badan pun rasa sangat sedap...
But lepas tu, dek kekangan masa dan duit..Kami STOP....(Patut ler doktor tu dah WARNING!!! awal2 tentang disiplin kan)...huhuh...



PERUBATAN ALA2 MISTIK: 

RAWATAN PERTAMA:

Berurut dengan seorang tukang urut berbangsa Asli...

Aku disuruh hadir untuk treatment waktu dtg haid..tiga hari berturut2...Masa tu tiada niat lain selain untuk mendapatkan rawatan....Masa tu tak ada apa2 perubahan selain yang aku perasan ada kesan lebam di perut aku...(Iskh..macam soram bunyinya kan...)Dan ianya berlalu.....Lepas tu, tak ada aku jumpa lagi tukang urut berkenaan....

RAWATAN KEDUA:

Berubat dengan seorang dukun wanita di Kluang.

Rawatan ini direkomen oleh  mak sedara aku 'JUWA' yang mana dengan kaedah ni dia telah berjaya mengandung. Dukun tu berasal dari Indonesia(sekarang dah meninggal dunia...Al-Fatihah)....

Masa awal2 datang, tiba2 je dia tanya :

"Ada sesiapa tak yang meremang bulu romanya??"

Setahu aku, kalau tetiba meremang bulu roma tu maksudnya ada 'Sesuatu'......Aku dah saspen jek masa tu...Sehinggalah tiba turn aku...Then...SAH!!!! Memang akulah yang dimaksudkan...

Menurut beliau, ada something yang berpaut di rahim aku...Long2 time ago...(maksudnya dah lama)...Dia tanya juga, aku tak ada rasa apa2 ke....Then aku menjawablah..TAK...Bukan aku tak percaya perkara2 mcm ni.Masa kat SMAKJ dan Maahad dulu...Bukan sekali dua aku menyaksikan kejadian 'Histeria.Macam2 jenis ada...Komunikasi dengan jin....dan mcm2 lagilah..Cuma....(wallahua'lam...)ok..STOP IT!! (coz bulu roma aku pun dah meremang ni....)

Rawatan ni memerlukan aku membawa beberapa biji telur ayam kampung dan ibu kunyit....

Caranya tak ada urut2....dia 'scan' saja perut aku (dah mcm doktor ler...) kemudian, dia akan hiriskan kunyit tu dan letak di dalam telur ayam kampung (Yang telah dilubangkan terlebih dahulu)...Kemudian minta aku minum menghadap kiblat....Then balik...
PANTANG MAKAN: sate, udang, makanan bersengat, ais, semua makanan yang bercucuk...(ada lagi tak ingat aku).....huhuh...Semua yang sedap2...
Adalah beberapa kali aku pergi sehinggalah aku rasa, kaedah itu juga tidak sesuai dengan aku...

RAWATAN KETIGA:

Berubat dengan seorang dukun di Sekinchan

Ini lagi simple. aku datang then dia scan (juga) sama juga kata2 dia...
"Ada yang hantar 'something' dok dlm rahim kamu. Supaya tak mengandung".

Aku dibagi limau...Limau tu aku perlu buat mandi di rumah...

*Dan setakat ni, 3 usaha ni aku lakukan....Dan seperti biasa, aku tak pernah nak percaya 100%  dengan semua2 ni...Kiranya aku pergi pun sekadar usaha.

URUTAN TRADISIONAL

Berurut di kampung suami

Beside that adalah juga aku pergi beurut di kampung suami (Kanchong Tengah)....Sangat serasi dan sedapppp sangat berurut dengan Wak ni...Memang continuosly aku berurut sehinggalah beliau tak mengurut lagi sekarang ni (lumpuh)...

Berurut di Kajang

Ini the latest...Setiap bulan aku akan berurut dengan makcik ni. Sangat bagus kaedah yang digunakan. Dimulakan dengan ayat2 al-Quran, Selawat syifa' da zikir2....Sampai sekarang aku masih berurut dengan makcik ni....

*dan juga urutan2 lain...di merata2 tempat yang pernah aku pergi termasuklah di SPA...


Bercerita tentang usaha...Memanglah banyak dan ada...Tak adalah sampai aku duduk sahaja sambil bergoyang kaki untuk mendapatkan anak ni. Banyak juga ubat-ubatan yang aku makan dan minum...BIODEX  dah try...Minum madu dah buat. Makan telur ayam kampung juga sudah....Tak kira lagi ubat supplement yang aku ambil...Stevia...Transfer Factor...Fish Oil...Amway...

Terbaru ni, ada beberapa orang yang hadiahkan aku 'buah zuriat'...Terima kasih untuk rakan sekerjaku Puan Azilawati....Juga makcik sedaraku Puan Noha Salleh... dan juga Umi Yadh (yang juga pernah menghadiahkan aku buah zuriat ini)...Mereka semua ni antara insan2 yang aku kira memahami dan sudi membantu. 

Tak lupa juga saudara-mara dan kawan2 yang silih-berganti ke Tanah Suci menunaikan UMRAH atau HAJI yang tidak lupa untuk mendoakan aku....Aku sangat2 menghargainya....

Di sini, apa yang aku boleh konklusikan....Ramai yang mengambil berat tentang aku dengan cara masing2...Sebagai contoh soalan2 di atas tu pun sebenarnya salah satu cara mereka menunjukkan 'CARE' pada aku walau kata2 itu pada pandangan aku mungkin agak kasar. dan pada mereka It's a general question....

'ala kulli hal....Aku akan terus berusaha dan berharap. Kalau tidak mungkin hari ini...mungkin esok....atau lusa...sehinggalah ke satu tika dan waktunya...

Aku redha (bukan pasrah) dengan ketentuanMU Ya Ilahi....Semoga rintihan hambaMU ini diperkenankan..Dan semoga semua insan2 yang mendoakanku selama ini akan mendapat keberkatan daripadaMU Ya Ilahi...

Sekian untuk kali ini....Apa yang saya tulis ini mungkin salah...Tapi betul...... :)

Wassalam...



Tuesday, 10 April 2012

Terkenang semasa dulu.....

Assalamualaikum....

Berbicara tentang kawan....Memang banyak kategori kawan ni...Tapi ishhhhh....baik janganlah dikategorikan kawan....Semuaaaaaaaaaaa saya kawan...wah gitu......

Cerita tentang kawan, teringat aku tag line kawan aku masa kat sekolah dulu.....(Maklumlah dulu2 kan kalau student tahun akhir kat sekolah tu kena tulis motto atau kata2 hikmah kat belakang majalah tu)...hehehe....Nama kawan aku tu  Norhudiin Danu atau kami panggil Ain....Dia punya motto masa tu 'Tanpa kawan, hidup kesunyian'...Trrrrrrr........Masa tu aku dok terfikir...apa ajelah dia ni, tak ada kawan pun sunyi ker???...Maklumlah, masa tu aku terlambat sket matang ataupun omputih kata 'matured'.....chewahhh......

Korang nak tau....Aku punya motto masa tu 'never care 4 what they do...never care 4 what they know...But I know'.....Ntah apa angin aku pakai lagu matellica jadikan motto...(maklumlah tak matured lagi...huhuh....)Tapi itu bukan pointnya...Aku cuma teringat motto Ain tu jek...Dan sekarang memang aku akuilah motto tu....huhuhuh.....

Memang sedih kan kalau tak ada kawan....Rasa macam tak best jek hidup tu....Macam makan nasi berlaukkan masak lomak tapi tak ada sambal belacan..Macam dunia ni tak ada serinya...errrr........dan macam2 lagilah punya macam....

Dan bila ada kawan ni...Kuasanya lain.....Dunia kita berseri2...Kita akan sentiasa rasa dihargai dan tak akan sunyi..pergh ayat....

Menyorot sejarah kawan2 aku....Memang ada ramai....sehingga ke hari ini pun masih 'keep in touch'...Walau berjauhan dan tahu tentang hal masing2 sikit2 jek...Nak macam dulu pun...bukannya boleh...Al-maklumlah masing2 dah berkeluarga...beranak-pinak...dan sibuk dengan hal masing2....

Sekolah rendah...

Errr.....Aku rasa peringkat ni belum kenal erti 'best friend' kot...maklumlah...kecik lagi....Tapi aku ada juga kawan2 setaman aku Linda, Fatimah termasuklah Amal Hayati (a.k.a sepupu aku)...urmmm (yg terlupa sebut tu minta maaf ya)....Kami ni dulu 'perasan' nak jadi penyiasat...Masa tu kan glamer novel 5 sekawan dengan 7 penyiasat...So hari2 ada jelah aktiviti kami...Mandi kat parit...Pergi ke satu rumah terpencil ni (ada atuk dan nenek yang duduk situ)...suka bakarkan ubi untuk kitorang...Dan yang paling best bila ke rumah Linda coz boleh main dengan kambing & makan buah koko(errrr....ada lagi ke tak buah tu ek???)...Sebenarnya tertubuhnya grup ni pun coz kitorang selalu pergi sek agama sama2 dan  rayan2 bersama...ehehehe...seronok lah....kawan dalam konteks memenuhi masa dengan aktiviti... Belum kira kawan2 sejiranan lagi....Sharudin, Chong,Wati,Ayu,Wira....Haaa...yang ni kawan sepermainan...main apa lagi kalau tak galah panjang, konda-kondi,ceper,batu seremban dsb.............huuhhhhh pendek kata tak pernahlah sunyi hari2ku...

Tapi...
Bila dah habis sekolah rendah...Masing2 dengan haluan masing2....Aku ni lagilah..Form 1 dah masuk asrama...balik rumah time cuti sekolah jek....Bila dah berjumpa malu2....iyalah..dah baligh...takkan nak sama mcm kecik2 pulak kan....Paling2 yg masih keep in touch..dengan jiran aku...And of cozlah Amal coz dia sepupu aku... .

*********************************
Sekolah Menengah....
(SMKAS)...masa ni aku tubuh grup lagi...kali ni kami digelar grup 'anti lelaki'...errr...itu adalah gelaran yang diberikan oleh orang lelaki coz kami tak 'LAYAN' lelaki....errrr...(perlu ke layan??)..
Tapi maaf cakap, aku lupalah sesiapa yang berkenaan...coz setahun jek aku kat situ..Lepas tu aku di'pindahkan' ke sekolah lain sebab my parent tak mahu berjauhan dengan aku...huhuhuh....

***********************************
SMAKJ.....
Tu dia....aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang sangat 'BEST' bagi aku...Nama dia Najuwa tengku Bakar....a.k.a makcik saudara aku....ehehee....Dia yang paling rapat...Dan yang paling best, banyak perkara aku belajar dari dia..Orangnya sangat kelakar dan sangat menghiburkan seluruh warga aspuri....Selain Juwa...kawan2 yang lain pun ramai...Kawan satu dorm...Kawan satu study grup...Kawan sekelas...Kawan sekepimpinan...dan macam2 lagilah....(errr...slot kawan SMAKJ) ni akan aku novelkan...so, tak bley cerita lebih2...nanti tak suprise....dan aku paling ingat mottto Juwa dalam majalah sekolah tu...'walau dalam mana pun, jasad aku ditanam...Aku...akulah JUA'...hahaha..memang sempoi....

******************************
Maahad Johor....
Rakan2 di sini kebanyakannya dari kawan2 aku di SMAKJ...Kat sini yang paling aku ingat rakan2 dari Dorm FAIZAH....Ain,Anjang,Along,Angah,Uda,Uteh,Andak,Alang,Ucu....Tak lupa juga rakan2 sekepimpinan...(Maklumlah, terpilih jadai MPP...so, kawan2 sebarisan pimpinan tulah)..

Saturday, 7 April 2012

Perihal MTQ....Bertanding...tak semestinya menang...

Assalamualaikum....






MTQ...bagi yang tak tahu...Ianya adalah singkatan bagi Majlis Tadarus Al-Quran...
Bukan sahaja pertandingan Tilawah al-Quran sahaja yang dipertandingkan..tetapi ada lagi beberapa kategori di dalamnya iaitu : Pertandingan azan : Bercerita :  Hafazan (aku  mention Sekolah rendah jeklah)..... sebab berkaitan...
MTQ ni sebenarnya acara tahunan bagi guru2 agama di seluruh Malaysia menyerlahkan bakat2 anak2 muridnya...Kiranya dah jadi rutinlah...



Cerita pasal MTQ ni, di Putrajaya ianya dilaksanakan pada hari ini...Kesemua 22 buah sekolah (10 menengah/11 rendah)  di Putrajaya telah menyertainya...Sikit je kan??...Tapi dalam sikit2 pun...Saingannya sengit juga..Almaklumlah....Murid2 Putrajaya kan.... (huhuh)



Kalau di daerah lama aku (Batu Pahat) sah2lah banyak peringkat...Start from zon dulu...wakil zon2 barulah bertanding peringkat daerah..kemudian wakil daerah bertanding lagi bagi mewakili negeri dan seterusnyalah...Almaklumlah...Daerah BP kan banyak sekolah...so HARUSlah banyak tapisannya....




Kalau tahun lepas (tahun pertama aku di Putrajaya), aku bertugas sebagai AJK hadiah...(Tukang pegang dulanglah maksudnya)...Masa tu, belum menyerlahkan diri lagi....huhu....Tahun ni, tugasan aku berubah sebagai HAKIM Tilawah al-Quran Perempuan (Menengah) pula....Mungkin kali ni memerlukan lebih ramai hakim, so that's why nama aku terpilih... (kot)...


Bercerita tentang ini, aku rasa bersyukur sangat kerana ditemukan dengan guru2 yang hebat di Putrajaya ni iaitu Kak Shima (GC Pendidikan islam dan juga calon guru inovasi), Ustaz Sani dan Ustaz Iqbal.....
Inilah barisan2 hakim yang terlantik...aku??? of cozlah yg menyelit di tepi tu..huhuh
(visual terpaksa di kaburkan atas sebab2 keselamatan)...



Portfolio yang aku dapat adalah Fasohah...(sesuailah bagi aku yang pertama kali menjadi hakim Tilawah al-Quran ni).....


Bercerita tentang Tilawah al-Quran ni..Bukanlah aku tak pernah ada langsung pengalaman...Pernah juga aku menyertai pertandingan ni tapi di peringkat sekolah rendah sahaja...Aku mewakili sekolah agama (kalau kat sini mcm KAFA atau SRA lah)....Masa tu aku ingat lagi, aku ikut sahaja lagu yang ustazah Noraini dan Ustazah Hasnah ajar...Maksudnya di sini, aku bukan mafhum dengan Bayati,Rast,Jiharkah, Nahwan dan sebagainya tu...Aku cuma menghafal melodi dalam ayat tersebut...(Alhamdulillah aku masih ingat lagi sampai sekarang ni....)...



The point is...Bila aku tengok peserta2 yang masuk, hampir 80% murid tidak menguasai ilmu Tarannum...Mereka hanya menghafal lagu yang diajar oleh guru...Jadi di mana salahnya itu ya.....Ada juga yang hanya membaca saja....Belum cerita bab tajwid dan sebagainya lagi....Memang mendukacitakan...Yes....Mungkin murid2 Putrajaya dianggap masih 'baby' lagi dalam 'ARENA'...So..ianya memakan masa bukan sehari, malah bertahun2 mungkin...



Tapi,dalam tak ada, tapi wujud juga murid yang boleh menguasai ilmu tarannum...Sekolah rendah pula tu...Aku memang sangat2 kagum dengan murid ini....

Nama murid ni Muhammad Hareez Luqman bin Rostam...Johan menunggu Tilawah Al-Quran lelaki peringkat Putrajaya...Kalau dia masuk, confirm juara....Tapi di sebalik kejuaraan dia tu, aku nak share kat korang 'bagaimana' ianya boleh terjadi....Dari umur 7 tahun lagi, Atas usaha kedua ibubapanya adik Hareez ni telah dilatih oleh Ustaz Zarifi (Murabbi adik2ku)...
Seawal umur 9 tahun,dia telah mewakili wilayah ke peringkat kebangsaan....Walaupun belum mencapai kemenangan di peringkat tertinggi, namun usaha ibubapanya perlu dipuji...Sekarang, adik Hareez telah menginjak ke umur 12 tahun...Maksudnya....latihan selama bertahun2 itu telah meletak dirinya di kedudukan sekarang....




Bukanlah niat aku nak mengarut macam2 kat entri ni..Aku cuma nak kita renung bersama.......




SEANDAINYA ADA PERTANDINGAN....
-Pastilah kita menyimpan hasrat yang besar untuk memenanginya.....





BILA TAK MENANG....mungkin kita akan mengatakan.....




-Hakim tak bertauliah....
-Bias...
-Diskriminasi...
-Sekolah tu ngelat sebab import jurulatih luar...
-Salah murid itulah...sebabnya dia buat begitulah..beginilah....
-Salahkan guru2...tak latihlah...terlebih latihlah...dsb




BILA MENANG...tak pula kita kata...
-Hakim tu memang bagus.....ucapan terima kasih jauh sekali..(biasanya hakim2 tak akan harap  pun ucapan tu)
-Murid tu memang terbaekkk....
-Tengoklah cikgu2 tu latih mcm mana..sangat komited....




SEPATUTNYA....Kita tengok dengan lebih luasssssssss lagiii.....




-Murid2 itu mampu mengekspreskan diri mereka ke arah satu  anjakan paradigma yang positif...Bukan senang nak membina keyakinan murid2 ni..apatah lagi menolak mereka untuk bercakap di depan audience....So, kena sentiasa menyokong mereka....




-Guru2 yang telah berusaha menyuntik semangat dalam diri murid2....Mengorbankan masa untuk  melatih murid2 tersebut juga jangan diabaikan.....Bila kata guru membuat pengorbanan, sebenarnya bukan sahaja melibatkan diri guru itu sahaja, malah perlukan kefahaman dan pengorbanan dari pihak keluarga juga....So, kena sentiasa menyokong mereka...




SO?????...jangan mengandai2...dan redhalah dengan apa yang berlaku....Jangan menyalah2kan...malah kita cubalah perbaiki apa sahaja yang dirasakan kurang...




Jika kita rasa usaha kita hari ini sudah cukup tetapi tidak membuahkan hasilnya....Maksudnya...Ianya mungkin belum cukup lagi...




Biarlah kita sentiasa rasa tidak cukup kerana dengan kecukupan itu kadangkala akan membuat kita tak menghargai apa yang ada di depan mata....



Haha..Perihal MTQ ni, cheq nak habaq..Sekolah cheq tak menang apa pun..Tapi kami tetap tak patah semangat...Akan kami teruskan juga usaha murni....Memang rasanya belum cukup apa yang kami sediakan....So,kami akan cuba menambahkan kecukupan itu.....





'Ala kulli hal....ayat2 di atas bukanlah 'helah bela diri'....(hehehe)...tapi ianya lebih kepada ekspresskan perasaan dan merasai.....




Ok...sampai di sini sahaja.....Apa yang saya tulis ini mungkin salah...Tapi betul... :)




Wassalam.....







Didik hibur.....ala Super Spontan....

Assalamualaikum....Bertemu lagi....




Semalam lagi sepatutnya aku nak share perkara ni..Tapi apakan daya....Sulah ngantuk maaa......
So aku teruskan niat murni aku ni pada hari ini....




Teruja nak share dengan semua...Walau aku tahu mungkin kalian semua pun tahu perkara ni..Tapi tak mengapalah..Aku nak beritahu juga apa yang aku tahu...huhuh (berapa banyak tahu daaaa......)




Semalam ...jam 10 malam....Aku menonton 'SUPER SPONTAN' di ASTRO WARNA... Dalam kengantukan yang tahap Gabhan tu..Tetiba mataku terbuntang luas dek slot2 dalam cerita itu yang bagi pandangan aku sangat menghiburkan tapi dalam masa yang sama ada pendidikan di dalamnya...Kredit to pencetus idea....




Aku tertarik dengan dua slot terawal malam tu...Bagi subjek yang diajar oleh aku (Bahasa Arab), mungkin kurang bersesuaian (nak2 aku ngajo tahap 1).. Tapi aku rasa, aktiviti ini boleh diaplikasikan dalam subjek BM dan BI...Ok, cerita panjang tak guna, meh aku perincikan lagi apakah itu...




Slot pertama:  AYAT PENYATA (boleh juga KATA SOAL...dan KATA SERU)
-Dimulakan dengan pembahagian kumpulan..
-Setiap kumpulan perlu mewakilkan seorang ahli terlebih dahulu untuk memulakan permainan...
-Satu situasi diberikan...




CONTOH: Seorang kanak-kanak kehilangan  ibunya di pasar malam.
-Setelah situasi diberi, salah seorang perlu memulakan AYAT PENYATA yang bersesuaian..




CONTOH:
wakil kump 1:saya mencari ibu saya.
wakil kump 2: Ini kerana ibu kamu seorang yang cuai...
-kemudian diteruskan dengan wakil kump 1 semula dengan ayat penyata yang lain...dan seterusnya...
-Sekiranya salah seorang wakil kumpulan salah membuat ayat...
CONTOH: terbuat ayat : Bagaimanakah kamu boleh kehilangan beliau? = KATA SOAL..
-Kump tersebut perlu menggantikan ahli yang lain untuk meneruskan permainan....
-Kumpulan yang menang adalah kumpulan yang paling tidak banyak menukar ahli kumpulan......




Menarik kan...kan..kan...




Slot kedua: SKETSA BERABJAD...
-Boleh dimainkan oleh 3 orang...
-Satu situasi diberi :
CONTOH: 3 sekawan sedang mengembara di dalam hutan...




-Penonton perlu memilih satu abjad untuk dimulakan..Contoh : abjad (K)
-Setelah abjad ditentukan....Peserta pertama perlu memulakan ayat (berkaitan situasi) yang dimulakan dengan huruf (K)...Peserta kedua perlu menyambung dengan membuat ayat yang dimulakan dengan abjad (L)...Dan peserta ketiga perlu menyambung dengan membuat ayat yang dimulakan dengan huruf (M) pula..(mengikut turutan abjad seterusnya)
-Seterusnya...kemabli ke peserta pertama semula menyambung abjad yang seterusnya   (N/O/P..........) secara bergilir2 sehinggalah ke abjad K semula....
CONTOH: Peserta 1 : Kalaulah aku tahu hutan ni menyeramkan, tak akan aku pergilah...
                   Peserta 2 : Lalu??? Takkanlah kau nak patah balik...
                   Peserta 3 : Manalah nak tahu kalau hutan ni macam ni.dalam majalah, macam ok je..
---------------------------------
Nampak kan...kan.....ayat yang dibina dimulakan dengan abjad yang berturut....




So simple dan menguji kemahiran minda dalam membina ayat...Bagus untuk improvekan penguasaan berbahasa dan sangat membantu untuk membuat karangan...Errr....Edisi BI pula....Fikirlah sendiri......hehehhe........








Ok....jom try buat.....sampai di sini sahaja.....Apa yg saya tulis ini mungkin salah...tapi benar..








Wassalam........... :)

Friday, 6 April 2012

Anganku sedar.....

Assalamualaikum........

Cerita mengenai berangan ni...That was me.....ehehehe...memang suka berangan sangat2 dan juga suka mengekpresskan apa yang diangankan dalam bentuk penulisan....huhuhu..Kiranya aku ni suka jugalah menulis apa yang aku fikir..(sebab tu kadang2 (ke?) dalam FB aku tu tulis macam2..) Dah dia tanya What's on your mind...so......faham2 jelah...heheh...
Menyorot kembali sejarah penulisan aku...:

Bermula dengan karya2 di dalam majalah sekolah jek dulu.....(tapi masa ni sajak2 jek)..errkkk..macam manalah aku boleh?????

Tahun 1997 (masa tu swett 17 lagi)...
Lepas SPM. Biasalah...Tak buat apa. Nak cari kerja...Manalah lepas...So, terperap sajalah di rumah sambil melayan momen2 indah bersama arwah mak..(sob..sob..) Al-Fatihah...

Mak suruh rakam suara qari dan qariah peringkat kebangsaan...Aku rakam...
Mak latih grup marhaban wanita UMNO Taman tu....Akulah sang pengetuk kompangnya..Aku layan....
Mak rakam suara dia dalam radio (kaset tau masa tu)....aku layan....
Mak ajak buat facial (masa tu produk apa ek..aku tak ingat)..Aku layannn...
Pendek kata....dunia itu ana dan mak yang funyeeee........huhuhu..

Di samping melayan mak...aku sempat juga melayan keinginan aku sendiri menjelangnya tengah malam..jeng..jeng...jeng...Apa dia tu....???? apa lagi...men'cilok' taip mak untuk meluahkan apa yang ada dalam minda aku..
Biasalah org baru lepas habis sekolah...Mestilah bius sekolah tu masih ada...So, untuk tidak melupakan rakan2 sekolahan aku, aku telah mewujudkan watak2 mereka di dalam karya aku..ehehehe...
Hampir semua nama kawan2 (termasuk warga2 aspura) yang glamer tu masuk dalam kisah dongeng aku tuh...Tak lupa juga watak cikgu2 dan of cozlah warden2yang mewarnai cerita itu...Adalah dalam 100 mukasurat...(lebih kot)..ala..tahap sekolah menengahlah...Bila dah siap aku pun simpanlah dalam satu tempat yang aku tak ingat....sampailah hari ni...huhuhu..sangat rugi dan sayangnya rasa..
tapi tak apalah..ada juga niat aku nak mengkaryakan kisah2 budak aspura/ri ni lagi....Kita tunggu sajalah...

Tahun 1998.....

Bila dapat panggilan ke Maahad Johor, aku pun terima...dan terpaksalah aku mengucapkan babai pada mak dan juga taip yang banyak berjasa pada aku...Almaklumlah, kat asrama mana boleh bawa taip....huhuh..
Tapi, aku tak hentikan anganku di situ saja...Aku teruskan lagi anganan aku dengan meluahkannya dengan mata pena di atas writing pad...Ingat lagi, cover warna kuning...Aku tulis seh..(walau ku akui tulisanku ala2 doktor Asmadi)....huhuh...
Masa tu, tengah hangat cerita TITANIC...aku buat ala2 cerita tu..Namun ada gabungannya tu dengan cerita Bodyguar from beijing (yang jet li) berlakon tu...Jiwang + aksi..(tak silap aku masa tu memang glamer cerita bodyguard bercinta dengan anak bosnya..huhuh....aku taklah tiru semua, ambik konsep saja kemudian aku melayusasikan ikut kesesuaian...
Dah siap, aku test market, bagi kawan sejagat baca..hehehe...Mereka siap bagi review lagi tuh..huhuh...toche...toche....Bagi kwn2 ku yang dah membacanya....Dan sekali lagi....entah ke mana writing pad tu...

Hahaha....lagi satu bila buat cerita, aku akan tulis sekali watak dalam buku tu sesuai dengan pelakon siapa..Dan masa tu of cozlah edika dan deana Yusoff yang tengah glamer...hahaha....err..lupa..Azhar sulaiman dan badrul Muhayat pun sama..hahahah (terserlah berangannya)...

31 Julai 1998.....Arwah mak meninggal dunia dan aku dah tak boleh menulis lagi..ilham...idea...anganku dah beerti lagi............

Tahun 1999 - 2003) Zaman di Universiti...Lagilah tak ada masa nak berkarya...entah...memang tak hingin rasa nak menulis..Mungkin sibuk dengan assignment kot...dan juga sibuk bercinta....errr...aku menulis jugalah..tapi di atas surat...erkkk...........

Tahun 2005:
Aku mula berkarya lagi..Kali ni dengan dah ada komputer...hehehe (dah mampu sikit...)Puncanya adalah PJJ dengan my hubby..huhuhu..Kutub Utara, Kutub selatan....So, masa2 sunyiku di penuhi dengan angan2ku yang mulai kembali....

3 karya aku mampu hasilkan serentak (dengan setiap karya 300 - 400 mukasurat)...wah gitu....

1- Kerna Dia - ini karya panjang terawal yang aku hasilkan (Bersempena dengan hangatnya program realiti Akademi fantasia).

2-Buat Sang Puteri - (Bersempena drama korea terhit masa tu 'Full House) aku masih ingat lagi , tengok drama ni dalam bilik dengan Angah. Satu malam straight...Bila bab Hae Yong jek kitorang cepatkan...hahaha..punyalah jaki dengan dia...Lepas tu karya ni aku hantar pada adik Ani (sebagai pengkritik tetap cerita2 aku) huhuh

3-Aku tanpa Cintamu (tak tahu sempena apa, tapi masa tu tengah gelombang TSUMAWI...aku ambik sikit2 katakter dia..dalam 5% jek pun).....huhuh....

errr...ada gak niat nak letak dlam blog ni...tapi errr...entahlah...keraguan yang munasabah bersarang di hati ni...last2 bila difikirkan..biarlah rahsia...hehehehe....

Ok..sampai di sini....Al-waktu intaha'..Apa yang saya tulis ini mungkin salah...tapi betul.. :)

Wassalam.......

Thursday, 5 April 2012

Karoot komedia....

http://www.youtube.com/watch?v=OQ7jLdpIcDU
Baca tajuk jek dah rasa macam mengarut..Tapi banyak isi cerita ini..Satu kelainan dan penyampaian yang bersahaja namun mengandungi unsur2 nasihat...
Aku suka cerita ni...Kredit pada sang pencetus idea.....
Dalam masa yang sama, satu usaha ke arah menggemilangkan  lagi seni 'dikir barat' yang seakan dilupakan dewasa ini(kecuali di negeri2 tertentu)...

Tengok cik abe di sebelah ni, berdekah2 dia ketawa tengok cerita ni..
(Amat sukar juga nak dengar sang 'pegawai' yang sentiasa dihambat kesibukan kerja ni ketawa berdekah2 macam ni......) huhuhuh
Apa taknya... Pakej lengkap....Eby Yus + Jep + Yus + Jihan + sabri yunus and the dikir barat's team + Johan & nabil (kadang2 ada)=awesome.....

Aku sangat promote tahap gabhan cerita ni coz ianya awesome dan boleh me'release'kan tension...Lebih2 lagi ia mengekalkan nilai tradisional di dalamnya...bukan untuk berhibur saja dengan lawak2 mengarut (yang best) yang ditampilkan....

Aku ingin bercerita tentang generasi baru ni....Rasa2nya main batu seremban pun tak tahu kot, apatah lagi kalau aku sebut konda-kondi/galah panjang/gasing...dan banyak lagi (tak sanggup nak listkan)....huhuhuh.....

Pentingnya ada rancangan yang menggemilangkan SENI2 MELAYU kita...barulah dikatakan hiburan kita...wajah kita....untuk kita aje....Dalam karut ada lawak....huhuuh...genius....

So, cakap banyak pun tak guna....try saksikan sendiri...@ Astro Warna/Khamis/10 malam....

Apa yang saya tulis ni mungkin salah...Tapi betul... c u

Wassalam...

Marilah kita menggembirakan hati sendiri.....

Echeheeeee....saja je tajuk tu. Actually ianya hanyalah sekadar satu ayat yang membawa seribu makna sebenarnya...Perihal menggembirakan hati ni ramai yang tak faham tapi buat2 faham.....Adakah anda gembira sebenarnya?????????? Tepuk dada tanya selera..
Secara peribadinya...aku rasa aku gembira dengan cara dan 'hal' aku sendiri.....
Gembira dengan rutin yang tak berubah...errr...actually aku akan cuba ubah hari2 aku....
Bagi aku, rutin harian yang tak berubah namun andai diwarnakan dengan kepelbagaian aktiviti...Pasti akan mengundang satu perasaan yang 'unik'...ehehehhe....
Faham ke apa yang cuba dimaksudkan di sini??????? Tak payah faham pun tak apalah....Buat2 faham sajalah....Ok sampai di sini sahaja....

Apa yang saya tulis mungkin salah...Tapi betul............ c u.....