Monday 23 April 2012

Siapa tak mahu anak.....

Assalamualaikum....pembuka cerita.....

Tajuk di atas...agak serius untuk diperkatakan lebih2 lagi oleh orang yang tak berapa serius macam aku ni...Tapi aku serius...Errr....pening kan...Alah, buat2 faham sajalah...

Soalan2 dan kata2 seperti:

(1)
"Haaa!!!! Tak dapat anak lagi?"...

(2)
"Bila nak dapat anak?"...

(3)
"Tak berubat dekat mana2 ke?"....

(4)
"Macam mana ni...Adik2 dah ada anak tapi kakak yang belum"....

(5)
"Engkau ya anak (Tutttt).......yang belum ada anak tuh".....

FUHH!!!!!!

Memang biso-berbiso...Dan biasanya aku akan menjawab (samada terluah atau tidak terluah) dengan jawapan yang begini:
(sila rujuk soalan di atas)

(1)
"Errr....bila masanya nampak saya mengandung"...

(2)
"errr...mungkin besok kot"...(manalah kita tahu bila??)..

(3)
"Tak adalah...duduk saja2 je.." (gaya malas nak cerita)

(4)
...yang paling podih ni....
"Rezeki masing2 kan..", (sambil muka terkelat-kelat)

(5)
...Ni lagi podih sebab melibatkan nama orang tua....
(Biasanya aku menjawab dengan senyuman sumbing sahaja)....

KRONOLOGI...

Usia perkahwinan....11 tahun ( since 2001 )...Macam2 kaedah juga telah aku lakukan...Dari perubatan moden,tradisional, errr.....mistik pun ada....(tapi bukanlah yang macam kat tv pakai mandrem2 tuh....)
 jauh-jauhkanlah.....

Tahun 2001..Aku berkahwin masa zaman belajar lagi...Masa tu baru tahun kedua di UKM...Masa belajar, tak berasa apa mana pun bila aku tidak mengandung2...Adalah sampai 3 bulan aku tak peot (ingat dah lekat masa tu)..Tapi rupa2nya perubahan hormon... Segala  prosedur aku buatlah..dan last2 doktor kata, awal usia perkahwinan...

"Memang selalu begitu...Usia U pun muda lagi, so don't worry..It will take time..."ujar beliau..

So, selepas itu ianya berlalu saja hinggalah ke tahun 2003 (tamat belajar)..


PERUBATAN DOKTOR:

RAWATAN PERTAMA:

Aku mulakan dengan rawatan di sebuah klinik. Rawatan ini memerlukan aku di'scan' terlebih dahulu (betul2 punya scan) yang letak kat perut tu tengok kedudukan rahim etc...

"Tak ada masalah...Walau keuddukan rahim tu ada senget sikit. tapi tak menghalang untuk mengandung. Cyst pun tak ada, So I bagi u and suami pil hormon. Then mama pun (merujuk pada aku) perlu diet sikit ya...",ujar beliau


RAWATAN KEDUA

Selepas rawatan di klinik tu tak menjadi, kami bertekad ke Hospital pakar pula. Ahahaha....ni lagi best... Doktor pakar ni memang pakarlah bagi aku coz dari luar saja dia dah boleh bat interpretasi tentang aku...huhuh

"I tak suka kalau orang nak berubat dengan I buang duit banyak2 tapi tak berdisiplin", masa tu mcm nak balik jek coz agak GARANG ler...

Then dia tengok kondisi aku. Terus dia bagi satu salinan makanan yang sesuai dengan darah aku. (Darah O)...Then dia kata.

"Ok, u ikut rutin diet ni dalam sebulan. With beberapa supplement (USANA) I bagi U. Then U akan rasa the difference...Ingat...yang penting kita sihat dulu barulah itu 'baby's matter datang"

Aku pun ke kaunter farmasi dan melayang duit aku...RM500 (termasuk all that supplement dan konsultansi)...Next appointment...Suami aku pula diuji dan resultnya NORMAL...
Kami ikut diet yang diberi dan memang menjadi selama sebulan...Berat kami pun turun, badan pun rasa sangat sedap...
But lepas tu, dek kekangan masa dan duit..Kami STOP....(Patut ler doktor tu dah WARNING!!! awal2 tentang disiplin kan)...huhuh...



PERUBATAN ALA2 MISTIK: 

RAWATAN PERTAMA:

Berurut dengan seorang tukang urut berbangsa Asli...

Aku disuruh hadir untuk treatment waktu dtg haid..tiga hari berturut2...Masa tu tiada niat lain selain untuk mendapatkan rawatan....Masa tu tak ada apa2 perubahan selain yang aku perasan ada kesan lebam di perut aku...(Iskh..macam soram bunyinya kan...)Dan ianya berlalu.....Lepas tu, tak ada aku jumpa lagi tukang urut berkenaan....

RAWATAN KEDUA:

Berubat dengan seorang dukun wanita di Kluang.

Rawatan ini direkomen oleh  mak sedara aku 'JUWA' yang mana dengan kaedah ni dia telah berjaya mengandung. Dukun tu berasal dari Indonesia(sekarang dah meninggal dunia...Al-Fatihah)....

Masa awal2 datang, tiba2 je dia tanya :

"Ada sesiapa tak yang meremang bulu romanya??"

Setahu aku, kalau tetiba meremang bulu roma tu maksudnya ada 'Sesuatu'......Aku dah saspen jek masa tu...Sehinggalah tiba turn aku...Then...SAH!!!! Memang akulah yang dimaksudkan...

Menurut beliau, ada something yang berpaut di rahim aku...Long2 time ago...(maksudnya dah lama)...Dia tanya juga, aku tak ada rasa apa2 ke....Then aku menjawablah..TAK...Bukan aku tak percaya perkara2 mcm ni.Masa kat SMAKJ dan Maahad dulu...Bukan sekali dua aku menyaksikan kejadian 'Histeria.Macam2 jenis ada...Komunikasi dengan jin....dan mcm2 lagilah..Cuma....(wallahua'lam...)ok..STOP IT!! (coz bulu roma aku pun dah meremang ni....)

Rawatan ni memerlukan aku membawa beberapa biji telur ayam kampung dan ibu kunyit....

Caranya tak ada urut2....dia 'scan' saja perut aku (dah mcm doktor ler...) kemudian, dia akan hiriskan kunyit tu dan letak di dalam telur ayam kampung (Yang telah dilubangkan terlebih dahulu)...Kemudian minta aku minum menghadap kiblat....Then balik...
PANTANG MAKAN: sate, udang, makanan bersengat, ais, semua makanan yang bercucuk...(ada lagi tak ingat aku).....huhuh...Semua yang sedap2...
Adalah beberapa kali aku pergi sehinggalah aku rasa, kaedah itu juga tidak sesuai dengan aku...

RAWATAN KETIGA:

Berubat dengan seorang dukun di Sekinchan

Ini lagi simple. aku datang then dia scan (juga) sama juga kata2 dia...
"Ada yang hantar 'something' dok dlm rahim kamu. Supaya tak mengandung".

Aku dibagi limau...Limau tu aku perlu buat mandi di rumah...

*Dan setakat ni, 3 usaha ni aku lakukan....Dan seperti biasa, aku tak pernah nak percaya 100%  dengan semua2 ni...Kiranya aku pergi pun sekadar usaha.

URUTAN TRADISIONAL

Berurut di kampung suami

Beside that adalah juga aku pergi beurut di kampung suami (Kanchong Tengah)....Sangat serasi dan sedapppp sangat berurut dengan Wak ni...Memang continuosly aku berurut sehinggalah beliau tak mengurut lagi sekarang ni (lumpuh)...

Berurut di Kajang

Ini the latest...Setiap bulan aku akan berurut dengan makcik ni. Sangat bagus kaedah yang digunakan. Dimulakan dengan ayat2 al-Quran, Selawat syifa' da zikir2....Sampai sekarang aku masih berurut dengan makcik ni....

*dan juga urutan2 lain...di merata2 tempat yang pernah aku pergi termasuklah di SPA...


Bercerita tentang usaha...Memanglah banyak dan ada...Tak adalah sampai aku duduk sahaja sambil bergoyang kaki untuk mendapatkan anak ni. Banyak juga ubat-ubatan yang aku makan dan minum...BIODEX  dah try...Minum madu dah buat. Makan telur ayam kampung juga sudah....Tak kira lagi ubat supplement yang aku ambil...Stevia...Transfer Factor...Fish Oil...Amway...

Terbaru ni, ada beberapa orang yang hadiahkan aku 'buah zuriat'...Terima kasih untuk rakan sekerjaku Puan Azilawati....Juga makcik sedaraku Puan Noha Salleh... dan juga Umi Yadh (yang juga pernah menghadiahkan aku buah zuriat ini)...Mereka semua ni antara insan2 yang aku kira memahami dan sudi membantu. 

Tak lupa juga saudara-mara dan kawan2 yang silih-berganti ke Tanah Suci menunaikan UMRAH atau HAJI yang tidak lupa untuk mendoakan aku....Aku sangat2 menghargainya....

Di sini, apa yang aku boleh konklusikan....Ramai yang mengambil berat tentang aku dengan cara masing2...Sebagai contoh soalan2 di atas tu pun sebenarnya salah satu cara mereka menunjukkan 'CARE' pada aku walau kata2 itu pada pandangan aku mungkin agak kasar. dan pada mereka It's a general question....

'ala kulli hal....Aku akan terus berusaha dan berharap. Kalau tidak mungkin hari ini...mungkin esok....atau lusa...sehinggalah ke satu tika dan waktunya...

Aku redha (bukan pasrah) dengan ketentuanMU Ya Ilahi....Semoga rintihan hambaMU ini diperkenankan..Dan semoga semua insan2 yang mendoakanku selama ini akan mendapat keberkatan daripadaMU Ya Ilahi...

Sekian untuk kali ini....Apa yang saya tulis ini mungkin salah...Tapi betul...... :)

Wassalam...



No comments:

Post a Comment