Saturday 7 April 2012

Perihal MTQ....Bertanding...tak semestinya menang...

Assalamualaikum....






MTQ...bagi yang tak tahu...Ianya adalah singkatan bagi Majlis Tadarus Al-Quran...
Bukan sahaja pertandingan Tilawah al-Quran sahaja yang dipertandingkan..tetapi ada lagi beberapa kategori di dalamnya iaitu : Pertandingan azan : Bercerita :  Hafazan (aku  mention Sekolah rendah jeklah)..... sebab berkaitan...
MTQ ni sebenarnya acara tahunan bagi guru2 agama di seluruh Malaysia menyerlahkan bakat2 anak2 muridnya...Kiranya dah jadi rutinlah...



Cerita pasal MTQ ni, di Putrajaya ianya dilaksanakan pada hari ini...Kesemua 22 buah sekolah (10 menengah/11 rendah)  di Putrajaya telah menyertainya...Sikit je kan??...Tapi dalam sikit2 pun...Saingannya sengit juga..Almaklumlah....Murid2 Putrajaya kan.... (huhuh)



Kalau di daerah lama aku (Batu Pahat) sah2lah banyak peringkat...Start from zon dulu...wakil zon2 barulah bertanding peringkat daerah..kemudian wakil daerah bertanding lagi bagi mewakili negeri dan seterusnyalah...Almaklumlah...Daerah BP kan banyak sekolah...so HARUSlah banyak tapisannya....




Kalau tahun lepas (tahun pertama aku di Putrajaya), aku bertugas sebagai AJK hadiah...(Tukang pegang dulanglah maksudnya)...Masa tu, belum menyerlahkan diri lagi....huhu....Tahun ni, tugasan aku berubah sebagai HAKIM Tilawah al-Quran Perempuan (Menengah) pula....Mungkin kali ni memerlukan lebih ramai hakim, so that's why nama aku terpilih... (kot)...


Bercerita tentang ini, aku rasa bersyukur sangat kerana ditemukan dengan guru2 yang hebat di Putrajaya ni iaitu Kak Shima (GC Pendidikan islam dan juga calon guru inovasi), Ustaz Sani dan Ustaz Iqbal.....
Inilah barisan2 hakim yang terlantik...aku??? of cozlah yg menyelit di tepi tu..huhuh
(visual terpaksa di kaburkan atas sebab2 keselamatan)...



Portfolio yang aku dapat adalah Fasohah...(sesuailah bagi aku yang pertama kali menjadi hakim Tilawah al-Quran ni).....


Bercerita tentang Tilawah al-Quran ni..Bukanlah aku tak pernah ada langsung pengalaman...Pernah juga aku menyertai pertandingan ni tapi di peringkat sekolah rendah sahaja...Aku mewakili sekolah agama (kalau kat sini mcm KAFA atau SRA lah)....Masa tu aku ingat lagi, aku ikut sahaja lagu yang ustazah Noraini dan Ustazah Hasnah ajar...Maksudnya di sini, aku bukan mafhum dengan Bayati,Rast,Jiharkah, Nahwan dan sebagainya tu...Aku cuma menghafal melodi dalam ayat tersebut...(Alhamdulillah aku masih ingat lagi sampai sekarang ni....)...



The point is...Bila aku tengok peserta2 yang masuk, hampir 80% murid tidak menguasai ilmu Tarannum...Mereka hanya menghafal lagu yang diajar oleh guru...Jadi di mana salahnya itu ya.....Ada juga yang hanya membaca saja....Belum cerita bab tajwid dan sebagainya lagi....Memang mendukacitakan...Yes....Mungkin murid2 Putrajaya dianggap masih 'baby' lagi dalam 'ARENA'...So..ianya memakan masa bukan sehari, malah bertahun2 mungkin...



Tapi,dalam tak ada, tapi wujud juga murid yang boleh menguasai ilmu tarannum...Sekolah rendah pula tu...Aku memang sangat2 kagum dengan murid ini....

Nama murid ni Muhammad Hareez Luqman bin Rostam...Johan menunggu Tilawah Al-Quran lelaki peringkat Putrajaya...Kalau dia masuk, confirm juara....Tapi di sebalik kejuaraan dia tu, aku nak share kat korang 'bagaimana' ianya boleh terjadi....Dari umur 7 tahun lagi, Atas usaha kedua ibubapanya adik Hareez ni telah dilatih oleh Ustaz Zarifi (Murabbi adik2ku)...
Seawal umur 9 tahun,dia telah mewakili wilayah ke peringkat kebangsaan....Walaupun belum mencapai kemenangan di peringkat tertinggi, namun usaha ibubapanya perlu dipuji...Sekarang, adik Hareez telah menginjak ke umur 12 tahun...Maksudnya....latihan selama bertahun2 itu telah meletak dirinya di kedudukan sekarang....




Bukanlah niat aku nak mengarut macam2 kat entri ni..Aku cuma nak kita renung bersama.......




SEANDAINYA ADA PERTANDINGAN....
-Pastilah kita menyimpan hasrat yang besar untuk memenanginya.....





BILA TAK MENANG....mungkin kita akan mengatakan.....




-Hakim tak bertauliah....
-Bias...
-Diskriminasi...
-Sekolah tu ngelat sebab import jurulatih luar...
-Salah murid itulah...sebabnya dia buat begitulah..beginilah....
-Salahkan guru2...tak latihlah...terlebih latihlah...dsb




BILA MENANG...tak pula kita kata...
-Hakim tu memang bagus.....ucapan terima kasih jauh sekali..(biasanya hakim2 tak akan harap  pun ucapan tu)
-Murid tu memang terbaekkk....
-Tengoklah cikgu2 tu latih mcm mana..sangat komited....




SEPATUTNYA....Kita tengok dengan lebih luasssssssss lagiii.....




-Murid2 itu mampu mengekspreskan diri mereka ke arah satu  anjakan paradigma yang positif...Bukan senang nak membina keyakinan murid2 ni..apatah lagi menolak mereka untuk bercakap di depan audience....So, kena sentiasa menyokong mereka....




-Guru2 yang telah berusaha menyuntik semangat dalam diri murid2....Mengorbankan masa untuk  melatih murid2 tersebut juga jangan diabaikan.....Bila kata guru membuat pengorbanan, sebenarnya bukan sahaja melibatkan diri guru itu sahaja, malah perlukan kefahaman dan pengorbanan dari pihak keluarga juga....So, kena sentiasa menyokong mereka...




SO?????...jangan mengandai2...dan redhalah dengan apa yang berlaku....Jangan menyalah2kan...malah kita cubalah perbaiki apa sahaja yang dirasakan kurang...




Jika kita rasa usaha kita hari ini sudah cukup tetapi tidak membuahkan hasilnya....Maksudnya...Ianya mungkin belum cukup lagi...




Biarlah kita sentiasa rasa tidak cukup kerana dengan kecukupan itu kadangkala akan membuat kita tak menghargai apa yang ada di depan mata....



Haha..Perihal MTQ ni, cheq nak habaq..Sekolah cheq tak menang apa pun..Tapi kami tetap tak patah semangat...Akan kami teruskan juga usaha murni....Memang rasanya belum cukup apa yang kami sediakan....So,kami akan cuba menambahkan kecukupan itu.....





'Ala kulli hal....ayat2 di atas bukanlah 'helah bela diri'....(hehehe)...tapi ianya lebih kepada ekspresskan perasaan dan merasai.....




Ok...sampai di sini sahaja.....Apa yang saya tulis ini mungkin salah...Tapi betul... :)




Wassalam.....







No comments:

Post a Comment