Saturday 7 April 2012

Didik hibur.....ala Super Spontan....

Assalamualaikum....Bertemu lagi....




Semalam lagi sepatutnya aku nak share perkara ni..Tapi apakan daya....Sulah ngantuk maaa......
So aku teruskan niat murni aku ni pada hari ini....




Teruja nak share dengan semua...Walau aku tahu mungkin kalian semua pun tahu perkara ni..Tapi tak mengapalah..Aku nak beritahu juga apa yang aku tahu...huhuh (berapa banyak tahu daaaa......)




Semalam ...jam 10 malam....Aku menonton 'SUPER SPONTAN' di ASTRO WARNA... Dalam kengantukan yang tahap Gabhan tu..Tetiba mataku terbuntang luas dek slot2 dalam cerita itu yang bagi pandangan aku sangat menghiburkan tapi dalam masa yang sama ada pendidikan di dalamnya...Kredit to pencetus idea....




Aku tertarik dengan dua slot terawal malam tu...Bagi subjek yang diajar oleh aku (Bahasa Arab), mungkin kurang bersesuaian (nak2 aku ngajo tahap 1).. Tapi aku rasa, aktiviti ini boleh diaplikasikan dalam subjek BM dan BI...Ok, cerita panjang tak guna, meh aku perincikan lagi apakah itu...




Slot pertama:  AYAT PENYATA (boleh juga KATA SOAL...dan KATA SERU)
-Dimulakan dengan pembahagian kumpulan..
-Setiap kumpulan perlu mewakilkan seorang ahli terlebih dahulu untuk memulakan permainan...
-Satu situasi diberikan...




CONTOH: Seorang kanak-kanak kehilangan  ibunya di pasar malam.
-Setelah situasi diberi, salah seorang perlu memulakan AYAT PENYATA yang bersesuaian..




CONTOH:
wakil kump 1:saya mencari ibu saya.
wakil kump 2: Ini kerana ibu kamu seorang yang cuai...
-kemudian diteruskan dengan wakil kump 1 semula dengan ayat penyata yang lain...dan seterusnya...
-Sekiranya salah seorang wakil kumpulan salah membuat ayat...
CONTOH: terbuat ayat : Bagaimanakah kamu boleh kehilangan beliau? = KATA SOAL..
-Kump tersebut perlu menggantikan ahli yang lain untuk meneruskan permainan....
-Kumpulan yang menang adalah kumpulan yang paling tidak banyak menukar ahli kumpulan......




Menarik kan...kan..kan...




Slot kedua: SKETSA BERABJAD...
-Boleh dimainkan oleh 3 orang...
-Satu situasi diberi :
CONTOH: 3 sekawan sedang mengembara di dalam hutan...




-Penonton perlu memilih satu abjad untuk dimulakan..Contoh : abjad (K)
-Setelah abjad ditentukan....Peserta pertama perlu memulakan ayat (berkaitan situasi) yang dimulakan dengan huruf (K)...Peserta kedua perlu menyambung dengan membuat ayat yang dimulakan dengan abjad (L)...Dan peserta ketiga perlu menyambung dengan membuat ayat yang dimulakan dengan huruf (M) pula..(mengikut turutan abjad seterusnya)
-Seterusnya...kemabli ke peserta pertama semula menyambung abjad yang seterusnya   (N/O/P..........) secara bergilir2 sehinggalah ke abjad K semula....
CONTOH: Peserta 1 : Kalaulah aku tahu hutan ni menyeramkan, tak akan aku pergilah...
                   Peserta 2 : Lalu??? Takkanlah kau nak patah balik...
                   Peserta 3 : Manalah nak tahu kalau hutan ni macam ni.dalam majalah, macam ok je..
---------------------------------
Nampak kan...kan.....ayat yang dibina dimulakan dengan abjad yang berturut....




So simple dan menguji kemahiran minda dalam membina ayat...Bagus untuk improvekan penguasaan berbahasa dan sangat membantu untuk membuat karangan...Errr....Edisi BI pula....Fikirlah sendiri......hehehhe........








Ok....jom try buat.....sampai di sini sahaja.....Apa yg saya tulis ini mungkin salah...tapi benar..








Wassalam........... :)

2 comments: